Pakej Unifi 2021

  • Post author:
  • Post category:Unifi

Pakej Unifi 2021

Pakej Unifi untuk tahun 2021 tidak ada perbezaan yang ketara berbanding dengan pakej unifi tahun 2020. Pakej yang ditawarkan adalah dari 30Mbps pada harga RM89 (tidak termasuk cukai perkhidmatan 6%) hingga 800Mbps pada harga RM349 (tidak termasuk cukai perkhidmatan 6%).

Adakah Pakej Unifi mahal?

Sebenarnya harga pakej yang ditawarkan tidaklah semahal mana kalau nak dibandingkan dengan pakej ditawarkan oleh pembekal internet jalur lebar berwayar yang lain seperti Maxis, DiGi dan Celcom. Sila rujuk jadual di bawah.

Anda boleh merujuk kepada jadual di bawah bagi membuat pilihan mengikut keperluan anda.

LIHAT PLAN UNIFI

Sebab Perbezaan Harga

Terdapat hanya sedikit perbezaan dari harga kerana pakej TM mahal sedikit kerana terdapat rangkaian tv yang ditawarkan bersama pakej. Manakala untuk pakej Maxis fibre pula, ia menawarkan panggila percuma tanpa had ke seluruh negara dengan hanya menambah (addon package) RM10. Jika anda masih belum ada pakej mobile yang menawarkan panggilan percuma, adalah lebih baik melanggan Maxis.

Memilih Pakej Yang Sesuai

Anda mungkin serba salah dalam membuat pilihan, so saya akan memberikan beberapa panduan bagi memudahkan anda membuat pilihan. Oleh sebab pakej TM Unifi dan Maxis Fibre menggunakan infrastruktur fibre yang sama, anda perlu tanya kepada diri sendiri bagaimana penggunaan internet anda.

Anda Nak Guna Internet Sahaja

Jika anda cuma mahukan perkhidmatan internet tanpa rangkaian TV, anda boleh pilih pakej TM unifi yang bersesuaian sebagai contoh jika 2 peranti ambil 30 Mbps dan jika 5 peranti ambil pakej 100 Mpbs. Jika anda mempunyai keluarga yang ramai dan rumah bertingkat, anda dinasihatkan mengambil samada pakej 500Mbps atau 800Mbps. Pakej berkelajuan tinggi seperti ini akan disediakan mesh wi-fi bagi memberikan liputan yang stabil dan lebih jauh di dalam rumah yang besar. Sudah pasti bagi perkhidmatan dari 300Mbps ke atas, saluran TV Unifi Ultimate akan diberikan.